ADDIS ABABA 17 Mac – Pesawat Ethiopian Airlines penerbangan 302 yang terhempas sehingga mengorbankan kesemua 157 penumpang pada minggu lalu dilaporkan dalam keadaan berkelajuan luar biasa sejurus berlepas sebelum memaklumkan terdapat masalah dan meminta kebenaran untuk terbang lebih tinggi. Berdasarkan data yang diperoleh kotak perakam suara kokpit pesawat Boeing 737 MAX 8 itu, kapal terbang tersebut meminta kebenaran menara kawalan untuk terbang pada ketinggian 14,000 kaki di atas paras laut…










