JOHOR BAHRU 11 Mac – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri berjaya membongkar kegiatan kereta sapu yang didalangi oleh warga asing menerusi satu operasi khas di sekitar bandar Sungai Rengit berhampiran Pengerang semalam. Pengarah JPJ negeri, Razali Wagiman berkata, serbuan pada pukul 12.45 tengah hari itu berjaya merampas 11 buah kenderaan jenis Proton Wira, Waja, Saga dan Iswara yang dipandu oleh 11 warganegara Nepal dan Bangladesh. “Modus operasi kegiatan ini ialah dengan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada warga asing dari kawasan pembinaan ke sekitar bandar Sungai Rengit. Harga tambang dibayar secara bulanan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya