Kedah,Johor bakal berdepan krisis air - Utusan Malaysia

Kedah,Johor bakal berdepan krisis air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Penduduk di Kedah dan Johor bakal berdepan masalah kekurangan bekalan air selepas berlaku penyusutan loji rawatan di beberapa buah tempat dengan hanya mampu mengeluarkan air terawat kira-kira 50 peratus sahaja.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, masalah tersebut berlaku ekoran cuaca panas yang dijangka berterusan sehingga ke penghujung April.

Katanya, ini sekali gus mampu memberi kesan kepada kira-kira 150,000 penduduk di kedua-dua negeri itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 30,000 pengguna air di Merbok, Tanjung Dawai, Singkir, Semeling dan Bedong, Kedah. Bagi Johor pula, kira-kira 120,000 pengguna dari tiga kawasan iaitu Kota Tinggi, Pontian dan Simpang Renggam akan berdepan nasib yang sama.

“Cuaca kering telah menjejaskan sumber air mentah ke loji rawatan air yang membekalkan air ke kawasan terjejas,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini