Kebakaran hutan paya gambut di Lembah Bidong - Utusan Malaysia

Kebakaran hutan paya gambut di Lembah Bidong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kebakaran hutan paya gambut di Lembah Bidong di Setiu sejak petang semalam, merebak ke lebih 50 hektar kawasan itu tengah hari ini. Sehingga 4 petang anggota bomba dan penyelamat masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran membabitkan kawasan seluas 57 hektar itu.

Petang semalam kebakaran hutan paya gambut itu melibatkan kawasan seluas 25 hingga 30 hektar. 

Anggota bomba menghadapi pelbagai cabaran dalam operasi memadamkan kebakaran itu berikutan jalan utama ke kawasan terbakar tidak boleh dilalui hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini