'Keajaiban' tulisan tangan Halimi - Utusan Malaysia

‘Keajaiban’ tulisan tangan Halimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Percetakan digital sedikit sebanyak menghakis seni tangan secara tradisonal yang sudah bertapak selama 30 tahun di Pasar Seni menurut usahawan cenderamata kreatif seni tulisan tangan, Muhammad Halimi Lias, 49.

Menurutnya, meskipun percetakan digital kini mengambil tempat dalam industri percetakan cenderamata namun hasil seni tangan mampu bersaing dalam teknologi yang semakin berkembang biarpun harga kedua-duanya masih seimbang.

“Saya mengusahakan barangan cenderamata lencana seni tulisan tangan secara tradisonal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada zaman teknologi masih belum meluas, permintaan cenderamata tulisan tangan ini terlalu tinggi. Namun sejak kebelakangan ini ia semakin pupus,” katanya kepada Utusan Online ketika ditemui di Pasar Seni Kuala Lumpur baru- baru ini.

Selaku orang lama dalam industri seni tulisan ini, Halimi berkata, dia tidak mudah mengalah apatah lagi untuk terus ‘berkubur’ dalam mempertahankan budaya seni itu.

Menurutnya, barangan cenderamata itu ditempah pelanggan yang masih inginkan kelainan untuk diberikan kepada tetamu.

“Saya masih mempunyai pelanggan bermusim khususnya untuk majlis-majlis keraian seperti sambutan Hari Guru, hari terakhir semester persekolahan, sambutan hari ibu dan tempahan ekslusif perkahwinan,” jelas bapa kepada tujuh cahayamata ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini