MILAN 19 Mac – Penjaga gol Napoli, David Ospina dilaporkan sudah keluar daripada hospital dan sedang menjalani sesi pemulihan selepas kepalanya menggalami gegaran ketika beraksi pada minggu lalu, kata kelab Serie A itu.
Pemain berusia 30 tahun itu yang dipinjam dari Arsenal akan terlepas dalam aksi persahabatan Colombia menentang Jepun pada Jumaat ini dan Korea Selatan empat hari kemudian selepas tiba-tiba jatuh di atas pada minit ke-41 selepas menerima rawatan gara-gara perlanggarannya dengan Ignacio Pussetto yang menyaksikan Napoli menang 4-2 ke atas Udinese.
“David Ospina sudah keluar pada petang ini (semalam) dari Klinik Pineta Grande selepas dia dimasukkan semalam (kelmarin) untuk menjalani pemeriksaan.
“Ujian sudah dilakukan dan mendapati tiada sebarang masalah. Pemain dinasihatkan untuk berehat selama beberapa hari dan tidak boleh menyertai kem latihan skuad kebangsaan negaranya,” kata Napoli.
Dalam pada itu, Napoli telah mengarahkan siasatan terhadap keputusan yang diambil oleh apsukan perubatan yang membenarkan Ospina untuk terus beraksi.
Ospina mengalami krisis ‘hypotension’ ekoran daripada kecederaan tersebut yang menyebabkan dia rebah selepas tekanan darahnya rendah yang mengakibatkan rasa pening dan pengsan. – AFP











