KDN minta polis beri tumpuan keselamatan rumah ibadat - Utusan Malaysia

KDN minta polis beri tumpuan keselamatan rumah ibadat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberi tumpuan kepada keselamatan lokasi tertentu termasuk rumah ibadat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, ini susulan insiden tembakan rambang ke atas dua masjid di New Zealand yang dilapor mengorbankan 49 nyawa semalam.

“Pihak polis maklum tentang perkara ini dan kita telah minta untuk mereka memberikan kawalan dan pemerhatian serius khususnya di tempat-tempat agama,” katanya selepas operasi menangkap pendatang asing tanpa izin di Pasar Borong Seri Kembangan, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Insiden itu turut mencederakan tiga rakyat Malaysia.

“Kami amat bersimpati dengan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden serangan keganasan itu,” kata Mohd Azis.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis akan memperketatkan kawalan keselamatan di tempat ibadat dan pusat hiburan.

“Kita sentiasa mengarahkan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memantau tempat ibadah dan tempat-tempat sensitif,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Perpaduan Demi Negara Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk 2019 hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini