KELIHATAN lelaki yang mempunyai susuk tubuh besar itu merenung jauh karya seni naif yang tergantung pada dinding Coffee House, Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Pandangan matanya seolah-olah menembusi sebuah lukisan yang berada elok di hadapannya. Lukisan yang dipenuhi warna-warna yang terang dan ceria itu kelihatan begitu menyerlah. Gambaran rumah kampung, pokok-pokok yang berwarna-warni dan kanak-kanak bermain permainan tradisional menjadi subjek yang diketengahkan beliau dalam imaginasi yang tersendiri. Sebagai pelukis aliran seni…










