PONTIAN 9 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri menahan sebuah kapal tangki yang berdaftar di Micronesia selepas berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia pada kedudukan 4.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai semalam. Pengarah Maritim negeri, Laksamana Pertama Maritim, Aminuddin Abdul Rashid berkata, kapal tersebut ditahan bot peronda pada pukul 1.30 tengah hari. Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kapal terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen dan bersauh tanpa kebenaran…










