LANGKAWI 6 Mac – Kanak-kanak perempuan, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang hilang setelah dipercayai dilarikan sepasang suami isteri, penghujung bulan lalu, ditemukan mati di Gunung Raya, di sini hari ini. Perkara itu disahkan Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim yang terdahulu memaklumkan pasangan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun itu ditahan di Ampang, Selangor, petang semalam. – UTUSAN ONLINE










