Kanak-kanak ditinggalkan ibu panggil jiran minta makanan - Utusan Malaysia

Kanak-kanak ditinggalkan ibu panggil jiran minta makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 4 Mac – Disebabkan terlalu lapar, kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dikurung seorang diri di sebuah rumah di Taman Hijrah di sini sejak Jumaat lalu, terpaksa memanggil jiran sebelah rumah melalui pintu belakang untuk meminta makanan berikutan terlalu lapar dan keletihan.

Menurut seorang jiran yang enggan namanya didedahkan, kanak-kanak itu juga sering kali ditinggalkan bersendirian di rumah khususnya pada waktu malam kerana wanita tersebut keluar bersama kenalan lelakinya hampir setiap hari.

Katanya, dia jarang melihat kanak-kanak itu bermain di luar rumah sepanjang setahun mereka berpindah ke taman ini.

“Dia (kanak-kanak) itu hanya berada di rumah dengan pintu sentiasa berkunci. Pada malam dia ditinggalkan beberapa hari itu, kanak-kanak tersebut sudah tidak tahan lapar sehingga terpaksa memanggil jiran sebelah untuk meminta sedikit makanan bagi mengalas perut.

“Setiap malam ibu kanak-kanak itu keluar dengan lelaki dan didapati lelaki berbeza-beza. Anak baru berusia tujuh tahun tetapi sering kali ditinggalkan berseorangan diri,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Sebelum itu, Utusan Online melaporkan kanak-kanak tersebut terpaksa diselamatkan oleh polis malam tadi selepas dikurung di rumah sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd dilaporkan berkata, pihaknya terpaksa memecahkan pintu rumah berkenaan berikutan pintu jeriji di kediaman tersebut dikunci.

“Kanak-kanak itu kini diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN