Kanak-kanak berpaut pada tram - Utusan Malaysia

Kanak-kanak berpaut pada tram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 Mac – Seorang kanak-kanak mencetuskan situasi cemas apabila dilihat cuba melakukan ‘aksi lagak ngeri’ dengan berpaut pada sebuah tram yang bergerak.

Lapor Metro UK, aksi berbahaya berkenaan dirakamkan oleh penumpang di stesen Barlow Moor Rood di Chorlton pada Sabtu lalu.

Kanak-kanak tersebut yang dikatakan berusia 11 tahun, kemudiannya dilihat melompat turun ke landasan tram.

Seorang penumpang, Clare McGuire dari Stretford berkata, dia amat terkejut melihat apa yang berlaku.

Menurut McGuire, kanak-kanak tersebut bersama dua orang rakannya disuruh oleh seorang warga emas untuk turun dari tram berkenaan susulan aksi berbahaya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN