Kanak-kanak antara enam maut pertempuran di Kashmir - Utusan Malaysia

Kanak-kanak antara enam maut pertempuran di Kashmir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR 22 Mac – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun merupakan antara enam orang yang terbunuh dalam tiga serangan tembakan berasingan antara kumpulan pemisah dengan pasukan keselamatan di Kashmir hari ini.

Menurut polis, kanak-kanak lelaki itu terbunuh selepas anggota kumpulan pemisah memasuki rumahnya di pekan Hajin dan saling berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan selama dua hari sebelum berakhir hari ini.

Dalam kejadian itu, bapa kanak-kanak tersebut dapat melarikan diri. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini