LONDON 4 Mac – Selepas berita mengenai seorang kanak-kanak berusia lima tahun bergelut untuk meneruskan kehidupan selepas dikesan menghidapi leukemia tersebar luas, lebih 4,200 penderma sel stem tampil melakukan ujian bagi menentukan kelayakan untuk menderma.
Memuatkan artikel berkaitan…
OSCAR SAXELBY-LEE
Lapor Metro.co, Oscar Saxelby-Lee yang disahkan menghidap leukemia (T-cell Acute lymphocytic leukemia) pada 28 Disember lalu itu hanya diberi tempoh tiga bulan untuk hidup melainkan kanak-kanak itu berjaya mendapat sel stem.
Sel stem baharu ini adalah bagi membolehkan pemindahan sum-sum tulang daripada penderma kepada penerima untuk menjana semula sistem darah. AGENSI











