KUALA LUMPUR 19 Mac – Kementerian Kesihatan bersedia untuk melaksanakan satu kajian kohort bersifat jangka panjang bagi memantau perkembangan kesihatan mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim, Pasir Gudang di Johor. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memberitahu kajian itu akan dilakukan dalam kadar segera sebaik sahaja pihak Kementerian Kesihatan memperoleh segala maklumat penting berkaitan pencemaran terhadap mangsa yang terlibat. Katanya, inisiatif itu dilakukan disebabkan terdapat mangsa yang khuatir pendedahan…










