TURIN 9 Mac – Moise Kean membuat penampilan sulung dalam Serie A dengan penuh bergaya apabila meledak dua gol untuk membantu Juventus membenam Udinese 4-1, hari ini. Kemenangan itu membolehkan skuad Old Lady semakin sukar digugat apabila mendahului liga dengan 19 mata meninggalkan pesaing rapat, Napoli. Pesta gol tersebut juga pastinya menjadi tonik terbaik buat anak-anak buah Massimiliano Allegri sebelum berdepan cabaran getir Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara, Selasa…










