Jumpa pemaju untuk selesai isu - DBKL - Utusan Malaysia

Jumpa pemaju untuk selesai isu – DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Peniaga Medan Selera Semarak di sini yang diarah mengosongkan premis berdasarkan perintah mahkamah dinasihat bertemu dengan pemaju dalam usaha menyelesaikan kemelut dihadapi mereka.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pertemuan itu perlu bagi meminta pampasan tetapi pada masa yang sama perlu berpindah dari tapak yang diusahakan mereka sejak hampir 40 tahun lalu itu.

Katanya, peniaga perlu berbincang dengan pemaju kerana isu tersebut melibatkan mereka dengan pemaju dan pihaknya hanya bertindak sebagai pemudah cara dan boleh membantu sebagai orang tengah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kerana tanah ini bukan milik kerajaan atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Apabila tanah ini kepunyaan orang lain, kami perlu menyelesaikannya secara situasi menang-menang,” katanya ketika ditemui selepas melawat medan selera itu Jumaat lalu.

Nor Hisham berkata, antara usaha lain yang dicadangkan ialah menempatkan semula peniaga berkenaan di kawasan perniagaan baharu yang tidak jauh dari lokasi asal.

“DBKL syorkan tetapi bukan muktamad di taman kejiranan berdekatan Kampung Semarak, itu pun kami kena semak balik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini