Jumpa gigi dalam menu penerbangan - Utusan Malaysia

Jumpa gigi dalam menu penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 2 MAC – Seorang penumpang Si­ngapore Airlines terkejut apabila mendakwa me­ne­mu­kan sebatang gigi semasa menikmati hidangan yang disediakan syarikat penerba­ngan itu, baru-baru ini.

RT melaporkan, insiden melibatkan Bradley Button itu berlaku semasa dia makan nasi ketika menaiki penerbangan dari Wellington ke Melbourne Selasa lalu, sebelum terdengar bunyi berkerap-kerup.

Button kemudiannya mendapati sebatang gigi berada dalam mulutnya yang sudah pasti bukan miliknya.

“Saya terus muntah dan sepanjang penerbangan itu saya berasa tidak sihat. Kehadi­ran bahagian badan orang lain dalam makanan saya adalah tidak elok,” katanya.

Katanya, pramugari yang dimaklumkan tentang kejadian itu mendakwa gigi tersebut adalah batu kecil dan mahu mengambil gigi berkenaan untuk ujian.

“Bendasing itu tanpa sebarang keraguan adalah gigi.

“Gambar juga telah diambil yang kelihatan sebahagian daripada gigi geraham belakang dan penumpang lain juga mengesahkan ia seperti gigi,” katanya.

Button menambah, dia tidak gembira apabila hanya dibe­rikan baucar AS$75 (RM305) yang hanya boleh digunakan membeli barangan bebas cukai dalam penerbangan Singapore Airlines.

Sementara itu, jurucakap Si­ngapore Airlines berkata, siasatan kejadian itu sedang dibuat dan bendasing berkenaan telah dihantar untuk diuji.

“Selepas mendapat hasil analisis itu, kita akan menentukan apa tindakan yang paling sesuai diambil,” jelasnya. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN