BOLAANG MONGONDOW 1 Mac – Jumlah pelombong emas haram yang maut akibat runtuhan di Bolaang Mongondow, Sulawesi meningkat kepada lapan orang. Pasukan mencari dan menyelamat sekarang sedang berusaha membawa keluar lebih 30 lagi mangsa yang masih terperangkap. Mereka juga terpaksa menggunakan penyodok dan ‘tangan kosong’ untuk melakukan operasi menyelamat di kawasan terpencil sejak tiga hari lalu. “Kami takut menggunakan jentera berat kerana bimbang mencetuskan satu lagi tanah runtuh dan mengenai…










