Jumlah jawatankuasa khas di Parlimen akan ditambah - Utusan Malaysia

Jumlah jawatankuasa khas di Parlimen akan ditambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mac – Bilangan jawatankuasa khas baharu Dewan Rakyat akan ditambah pada sesi Parlimen Mac ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, semua jawatankuasa yang diwujudkan bertujuan memastikan semua kementerian tertakluk di bawah satu sistem kawal selia.

“Jawatankuasa itu juga akan melihat sesuatu isu dengan lebih terperinci. Isu yang tidak mampu dilaksanakan dalam dewan besar (Parlimen), jadi mereka akan sediakan laporan yang turut akan dibentangkan dalam dewan,” katanya pada sidang akhbar  selepas merasmikan seminar kebangsaan Reformasi Sistem Pilihan Raya: Manfaat Untuk Generasi Muda di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, terdapat beberapa negara yang mengamalkan sistem ini dan beliau yakin Malaysia juga dapat mengadaptasi sistem yang sama dengan baik.

Pada 4 Disember lalu, Mohamad Ariff mengumumkan penubuhan enam Jawatankuasa Pilihan Khas, pertukaran beberapa anggota jawatankuasa pilihan serta penubuhan Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus.  

Jawatankuasa Pilihan Khas itu ialah Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang; Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet: Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri; Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender; Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Negeri-Negeri dan Persekutuan; dan Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN