KUALA LUMPUR 14 Mac – Jumlah aset bawah pengurusan (AUM) syarikat pengurusan dana berlesen (FMC) di Malaysia susut sebanyak 4.21 peratus kepada RM743.58 bilion pada 2018 berbanding RM776.23 bilion pada 2017. Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam Laporan Tahunan 2018 berkata, sebahagian besar sumber dana di bawah pengurusan adalah daripada dana unit amanah (RM426.18 bilion), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (RM112.13 bilion), badan korporat (RM73.11 bilion), dan dana borong (RM64.95 bilion). Pada 2018,…










