KUALA LUMPUR 27 Mac – Hadiah keseluruhan bernilai RM20,000 menanti kaki pancing pada pertandingan Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) 2019 siri ketiga anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Tasik Metropolitan, Batu di sini pada Ahad ini. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd. Nazam Harun berkata, pertandingan tahun kelapan bertemakan ‘Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera’ itu bertujuan meningkatkan rasa cinta rakyat kepada Wilayah Persekutuan dan…










