Pertempuran kali ini adalah pertarungan antara melawan berita palsu dan berita benar. PENDUDUK Indonesia sekali lagi bakal membuat perhitungan bagi memilih gandingan presiden dan naib presiden baharu bagi memimpin negara yang mempunyai sebanyak 267 juta penduduk ke arah lebih baik dan maju. Dua gandingan yang sedang bersaing dengan penuh sengit iaitu calon nombor satu, Joko Widodo atau Jokowi-Ma’ruf Amin dan calon nombor dua, Prabowo Subianto-Sandiaga Uno masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.…










