Jokowi arah kementerian minta Malaysia bebas Siti Aisyah - Utusan Malaysia

Jokowi arah kementerian minta Malaysia bebas Siti Aisyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Malaysia menarik balik pendakwaan terhadap warga Indonesia, Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam dipercayai atas arahan Presiden Joko Widodo atau (Jokowi).

Lapor Detik News, usaha membebaskan Siti Aisyah dibuat menerusi beberapa sisi pertemuan termasuk antara Jokowi dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Istana Bogor, Ogos lalu.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana berkata, kejayaan Indonesia membebaskan wanita itu adalah komitmen Jokowi memastikan kehadiran kerajaan dalam membantu rakyat Indonesia yang berdepan masalah di luar negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Permintaan itu selaras dengan arahan Presiden Indonesia setelah penyelarasan dibuat antara Menteri Hukum dan Hak Aasasi Manusia, Menteri Luar, Ketua Polis, Peguam Negara dan Ketua Risikan Indonesia,” kata Rusdi, hari ini.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas tanpa membebaskan tertuduh pertama, Siti Aisyah, 26, yang didakwa membunuh Jong-nam dua tahun lalu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini