Johor cadang beli Legoland - Utusan Malaysia

Johor cadang beli Legoland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 7 Mac – Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan untuk membeli beberapa aset milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang ingin dijual di Johor termasuk Legoland Malaysia Resort.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, perkara itu bagaimanapun tertakluk kepada keadaan.

“Tindakan Khazanah mahu melepaskan aset mereka merupakan perkara biasa dalam usaha sesebuah syarikat melakukan penstrukturan semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cadangan untuk kerajaan negeri membeli taman tema itu perlu melihat kepada persetujuan kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media asing berkenaan hasrat Khazanah untuk menjual Legoland Malaysia Resort ketika ditemui pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini