BERLIN 12 Mac – Jerman, Ireland dan Perancis merupakan tiga negara Eropah yang terkini mengambil langkah ‘menutup ruang udaranya’ terhadap pesawat Boeing 737 MAX 8.
Menteri Pengangkutan Jerman, Andreas Scheuer berkata, sehingga segala kekeliruan diselesaikan, kerajaan mengarahkan ruang udara Jerman ditutup kepada semua pesawat Boeing 737 Max serta-merta.
Tindakan itu susulan nahas pesawat jenis sama milik Ethiopian Airlines, ET302, dekat Addis Ababa, Ahad lalu.
Ketika ini tiada pesawat 737 Max yang didaftarkan di Jerman.
Di Paris, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam turut mengumumkan langkah yang sama.
Begitu juga dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Ireland yang menutup ruang udaranya daripada pesawat berkenaan.
Di Turki pula, syarikat penerbangan Turkish Airlines menggantung operasi 12 pesawat Boeing 737 MAX 8. – AFP











