Jentera serangan resahkan Kraljevic - Utusan Malaysia

Jentera serangan resahkan Kraljevic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 7 Mac – Ketumpulan penyerang Kelantan meresahkan Ketua Jurulatih The Red Warriors (TRW), Marko Kraljevic menjelang pertemuan menentang pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam aksi Liga Perdana di Stadium UiTM Shah Alam, esok.

Jurulatih kelahiran Jerman itu berkata, keresahan dirasainya selepas barisan penyerang yang diketuai pemain import kurang menghasilkan gol pada perlawanan sebelum ini.

“Ia masalah kepada saya dan KAFA kerana sehingga ini pasukan hanya menjaringkan tiga gol dari empat perlawanan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Prestasi lemah tidak cukup untuk The Red Warriors (TRW) mencabar dan menewaskan pasukan lawan malam esok,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Selepas empat perlawanan Kelantan hanya mendapat empat mata hasil daripada satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan sekaligus menyaksikan pasukan itu kini berada di kedudukan kelapan Liga Perdana.
Marko berkata lebih meresahkan beliau adalah apabila pasukan lawan dilihat memiliki penyerang yang berkualiti.

“Lebih meresahkan apabila kami terpaksa melupakan khidmat pertahanan import iaitu Cassio de Juses yang mengalami kecederaan di paha, kami akan bermain tanpa pemain import di posisi itu,” katanya. – BERNAMA
 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini