JDT teruja hadapi Kashima - Utusan Malaysia

JDT teruja hadapi Kashima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 MAC – WALAUPUN lawan mereka adalah juara bertahan, namun pendatang baharu Liga Juara-Juara Asia (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) lebih teruja berbanding tertekan menjelang pertemuan menentang kelab Jepun itu dalam saingan pembukaan Kumpulan E esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di atas kertas, Kashima mungkin pilihan untuk memenangi pertarungan di depan penyokong sendiri.

 

Begitupun, mereka juga berdepan masalah tersendiri seperti kehilangan bintang penyerang, Yuma Suzuki akibat kecederaan hamstring, selain belum mencatat kemenangan dalam dua aksi pertama Liga Jepun (Liga-J) musim ini untuk menghuni tangga ke-14.

Kashima dinobat sebagai juara buat kali pertama selepas mengalahkan wakil Iran, Persepolis 2-0 secara agregat, November lalu dan layak beraksi dalam edisi 2019 selepas mengetepikan kelab Australia, Newcastle Jets 4-1 pada pusingan playoff.

JDT pula turun beraksi de­ngan reputasi selaku juara Piala AFC 2015, juara Liga Super Malaysia lima tahun berturut-turut dan belum kalah dalam lima perlawanan domestik setakat ini.

“Saya fikir ia sa­ngat mengujakan, kami cukup teruja untuk menghadapi kempen Liga Juara-Juara buat kali pertama kerana ini adalah cabaran besar buat pasukan.

“Kami diundi de­ngan pasukan terbaik di Asia, jadi ini masa­nya untuk menguji keupayaan menentang pasukan terbaik. Ini peluang kami untuk memperbaiki pasukan.

“Kashima adalah juara bertahan, jadi ia cabaran yang hebat buat kami tetapi semua pemain JDT sudah bersedia untuk merasai pengalaman bersaing dengan pemain terbaik dalam bola sepak Asia,” kata kapten JDT, Hariss Harun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN