ALOR SETAR 28 Mac – Suasana ‘panas’ dijangka membayangi pertemuan Kedah dan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Alor Setar esok apabila Akhyar Rashid kembali ke Stadium Darul Aman buat kali pertama sejak meninggalkan Lang Merah secara kontroversi, Disember lalu. Biarpun baru kembali daripada tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan dalam kempen kelayakan Kejuaraan AFC bawah 23 (B-23), namun pemain tengah berusia 19 tahun itu dilihat turut menaiki bas…









