KUALA LUMPUR 19 Mac – Penjawat-penjawat awam dinasihatkan supaya tidak takut untuk memberi teguran kepada menteri dan timbalan menteri bagi memastikan dasar-dasar kerajaan dapat disampai serta dilaksanakan dengan lancar.
Peringatan itu disuarakan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) yang memberitahu, penjawat-penjawat awam perlu mempunyai kekuatan berkenaan dan tidak boleh hanya bersikap menurut perintah.
“Saya ingin meminta pegawai-pegawai kerajaan jangan takut menteri, timbalan menteri. Mereka juga manusia, jangan takut.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kena ada kekuatan membuat teguran kepada menteri-menteri berkenaan,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE











