Jangan sensasikan isu 6, 9 - Azzairi - Utusan Malaysia

Jangan sensasikan isu 6, 9 – Azzairi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mac – Pegawai Eksekutif Perundangan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Azzairi Rosle berharap tiada pihak sengaja cuba mensensasikan isu kesilapan teknikal yang berlaku dalam majlis undian pusingan kedua Piala FA 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas Azzairi yang menjadi salah seorang daripada tiga juruaudit merangkap pemerhati undian tersebut, kesemua 31 pasukan telah berpuas hati dengan undian yang dijalankan itu tanpa timbul sebarang keraguan terhadap integriti Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Tambahnya, kesemua pasukan tidak menyuarakan bantahan sebaliknya mereka berpuas hati dengan keputusan undian tersebut.

“Sebenarnya kami bertiga telah mengambil sepakat bahawa sekiranya tidak ada bantahan daripada pasukan-pasukan, jadi rasanya tiada masalah.

“Dengan semua (pasukan) menyaksikan pengurusan atau proses-proses undian tersebut, sepatutnya kita melihat bahawa kesilapan itu daripada nombor enam dan sembilan itu bukan satu isu besar.

“Malah, pasukan-pasukan telah pun dimaklumkan segera oleh MFL mengenai kesilapan pengecaman itu dan saya difahamkan MFL telah bertemu dengan pasukan masing-masing.

“Jadi, mereka sendiri tiada masalah dengan isu dan kami berpendapat majlis undian ini berlangsung secara adil dan telus,” katanya selepas majlis undian tersebut di sini hari ini.

Selain Azzairi, dua lagi juruaudit merangkap pemerhati undian tersebut adalah Setiausaha Agung Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Faisal Jamal dan Ketua Unit Undang-Undang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Shahida Bashirah Hishamuddin.

Kontroversi mula tercetus apabila kesilapan Exco FAM, Christopher Raj memegang terbalik keputusan undian bernombor enam yang mulanya disangka sembilan sekali gus menyaksikan Kedah bertemu Selangor United, bukannya menentang Kelantan yang bertemu Selangor.

Mengulas lanjut, Azzairi memberitahu kesemua pasukan tidak menyuarakan bantahan sebaliknya mereka berpuas hati dengan keputusan undian tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN