Jangan letak harapan tinggi - Utusan Malaysia

Jangan letak harapan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Peminat sukan badminton tanah air dinasihatkan untuk tidak meletakkan harapan tinggi bagi menyaksikan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei beraksi di kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang akan berlangsung bulan hadapan.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memberitahu, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu akan berangkat ke Taiwan, Ahad ini bagi mendapatkan kebenaran daripada doktor yang merawatnya.

Katanya, berdasarkan kepada pertemuannya dengan Chong Wei sebelum ini, adalah lebih baik untuk tidak meletakkan harapan tinggi buat jaguh negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak boleh sahkan sama ada dia boleh bermain atau tidak tetapi untuk Piala Sudirman (di Nanjing bermula 19-26 Mei), dia akan beraksi.

“Chong Wei akan berjumpa doktor Isnin ini dan kemungkinan Selasa kita semua akan tahu keputusan sama ada dia akan beraksi atau tidak, kalau doktor beri kebenaran dia akan bermain.

“Dalam perkara ini, kita balik kepada asas utama iaitu rawatan serta pemulihan adalah perkara penting untuk Chong Wei dan lebih baik jangan kita desak dia untuk semata-mata beraksi di Terbuka Malaysia,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Chong Wei yang juga juara bertahan kejohanan bertaraf Super 750 itu dijadual berdepan pilihan kelapan dari India, K. Srikanth.

Kejohanan bernilai AS$700,000 (RM2.86 juta) itu dijadual berlangsung 2-7 April ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini