Jangan lepas tangan - Utusan Malaysia

Jangan lepas tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Peniaga Medan Selera Semarak, di sini me­nyambut baik saranan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar mereka bertemu dan berbincang dengan pemaju dalam usaha menyelesaikan kemelut dihadapi.

Bagaimanapun, peniaga berharap DBKL tidak lepas tangan dalam perkara ini walaupun tapak niaga tersebut bukan milik pihak berkuasa tempatan itu lagi.

Sebaliknya, kata Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Cawangan Datuk Keramat, Mohamad Tarmizi Mohd. Akil, peniaga mahu DBKL menunjukkan keprihatinan dengan menjadi orang tengah dan pemudah caa dalam rundingan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…
MOHAMAD TARMIZI MOHD AKIL
MOHAMAD TARMIZI MOHD AKIL 

“Peniaga semakin tertekan ekoran tempoh pengosongan premis iaitu pada Jumaat ini semakin hampir.

“Peniaga semakin tiada arah tuju dan kami sepakat untuk tidak akan berganjak selagi tiada kata putus dicapai bersama pemaju.

“Malah pada hari ini terdapat u­saha daripada pihak yang dipercayai pemaju mengarahkan kontraktor untuk merobohkan medan selera ini sedangkan run­dingan masih belum dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan yang dikemukakan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan semalam agar peniaga bertemu dan berbincang dengan pemaju bagi menyelesaikan isu tersebut.

Nor Hisham berkata, peniaga boleh berbincang dengan pemaju iaitu Paragon City Development Sdn. Bhd. dan meminta pampasan setimpal tetapi pada masa yang sama perlu berpindah dari tapak tersebut.

Menurut Nor His-ham, pihaknya hanya bertindak sebagai pemudah cara dan hanya boleh membantu sebagai orang tengah.

“Ini kerana tanah ini bukan milik kerajaan atau DBKL. Apabila tanah ini kepunyaan orang lain, kami perlu menyelesaikannya secara situasi menang-menang,” katanya.

Sebanyak 37 peniaga Medan Selera Semarak bakal kehilangan mata pencarian apabila tapak perniagaan yang diusahakan mereka sejak hampir 40 tahun lalu bakal dirobohkan.

Kerja-kerja perobohan itu bagi memberi laluan kepada projek naik taraf jalan dan pembangunan landskap yang sudah pun bermula sejak tiga tahun lalu di Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini