'Jangan lagi jadi bom jangka' - Utusan Malaysia

‘Jangan lagi jadi bom jangka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Kejadian pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor perlu dijadikan iktibar dan semua pihak mesti mempunyai kesedaran berkenaan pencemaran sungai agar kejadian serupa tidak lagi berulang.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata, kejadian yang berlaku bukan sahaja merupakan sebagai suatu pengalaman tetapi menjadi pengetahuan yang mesti diamalkan.

“Kejadian di Sungai Kim Kim baru-baru ini menampak kesan terus termasuk keracunan kepada manusia. Ia sudah tentu memberikan pengetahuan dan pengalaman yang tidak boleh diam begitu sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang Parlimen sedang bersidang, oleh itu semua ahli Parlimen bolehlah menyemak kawasan masing-masing, melaporkan kes dan menilainya. Kita tidak mahu ia menjadi satu bom jangka sekali lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Sementara itu, jelas Ahmad, isu pencemaran bahan toksik ke dalam sungai bukanlah suatu yang baharu tetapi pernah berlaku di banyak negeri termasuk kes mencemar air minuman.

“Pencemaran mengubah kualiti air sungai dan boleh memberikan kesan kepada tumbuhan dan haiwan akuatik bergantung kepada kepekatan bahan kimia merbahaya berkaitan dan sensitiviti haiwan atau tumbuhan berkenaan.

“Perubahan kualiti air dan kesan toksik kepada haiwan dan tumbuhan akan mengubah sistem ekologi sungai. Ada bahan kimia yang boleh mengumpul dalam haiwan dan memberikan kesan kepada haiwan lain dalam rantai makanan termasuk manusia,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini