Jangan bertindak melulu, pukul rata - Tok Mat - Utusan Malaysia

Jangan bertindak melulu, pukul rata – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mac. – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan tampil meredakan ketegangan antara parti komponen dalam pakatan itu setelah MCA dan MIC mencadangkan supaya ia dibubarkan petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pesan Mohamad, semua pihak tidak sepatutnya bertindak secara melulu dan mengambil pendekatan pukul rata.

Kata beliau, penilaian terhadap masa depan BN tidak seharusnya berlandaskan kenyataan seorang atau dua pemimpin mana-mana parti komponen yang dianggap mewakili pendirian BN.

“Kerjasama, persefahaman dan persaudaraan yang sudah lama terjalin ini menjangkaui kenyataan dan ulasan segelintir kecil pemimpin tertentu.

“Adalah sangat merugikan jika kita semua memilih untuk menjadi tidak adil melihat kelemahan kecil ini sebagai alasan menafikan kelebihan besar yang telah dibangunkan secara telus selama ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

MCA dan MIC hari ini mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) dibubarkan supaya kedua-dua parti itu boleh meneroka peluang pakatan politik baharu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama, kedua-dua parti itu menyatakan antara sebab keputusan itu diambil adalah kerana kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang disifatkan sebagai perkauman telah meretakkan hubungan antara parti komponen BN.

Mengulas lanjut, Mohamad turut menegaskan bahawa BN sentiasa memberikan perhatian dan komitmen dalam menghormati peranan serta perjuangan setiap parti komponennya.

Kata beliau, BN sentiasa berusaha untuk bersama-sama mengukuhkan setiap parti komponen di bawah pakatan itu.

“Adalah sangat tidak tepat jika kedudukan setiap parti komponen dalam BN sudah tidak dianggap penting dan mustahak,” katanya.

Mohamad turut memberitahu satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN akan diadakan dalam masa terdekat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN