Jangan beri tekanan kepada Chong Wei - Utusan Malaysia

Jangan beri tekanan kepada Chong Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meminta semua pihak untuk tidak memberikan sebarang tekanan kepada Datuk Lee Chong Wei sebaliknya berikan dia menjalani proses pemulihan dengan sempurna.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, Chong Wei baru sahaja menjalani fasa kehidupan yang paling sukar dalam kehidupan yang memaksanya berehat panjang daripada aksi kompetitif dan kini dia perlukan ruang untuk proses pemulihan.

Beliau berkata, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu sudah terlalu banyak berjasa kepada Malaysia dan berikan dia masa untuk memutuskan sendiri waktu terbaik untuk kembali semula ke dalam saingan kompetitif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jangan berikannya sebarang tekanan yang tidak perlu, memang ramai bertanya, bila dia akan bermain dan adakah dia akan bermain di Piala Sudirman dan sebagainya. Jawapan saya ialah, berikan dia ruang dan masa secukupnya.

“Kita tidak mahu dia main satu hari lepas itu dia sakit balik. Dia pun tahu, ramai yang bertanya mengenai keadaannya tetapi bagi saya, berikan dia masa dan apabila dia sudah bersedia, dia akan kembali beraksi,” katanya selepas majlis pengenalan Elizabeth Tan selaku Duta BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini