KU sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itu merupakan pepatah yang paling dekat dan boleh dikait rapat mengenai status hubungan percintaan pelakon cantik, Sarah Hildebrand dengan pengacara Nabil Mahir yang tiada berpanjangan dan menemui titik noktah pada penghujungnya. Bukan setahun dua percintaan antara Sarah dan Nabil itu terjalin, namun takdir Tuhan menentukan dan mengakhiri bahtera pelayaran cinta mereka berdua. Tempoh perjalanan selama lima tahun bermula 2014…










