GUA MUSANG – Selepas cuaca panas berterusan hampir tiga bulan melanda daerah ini, hujan lebat selama tiga jam awal pagi ini menyebabkan beberapa jalan dinaiki air. Sebanyak dua jambatan dan satu jalan di sekitar bandar ini ditutup kerana dinaiki air awal pagi ini. Antara jalan yang ditutup ialah jalan Kampung Tiong, jambatan Sungai Ketil di Kampung Kerinting dan jambatan Sungai Cindai di Jalan Bandar Lama. Kesemua dinaiki air mulai pukul 6 pagi apabila hujan berterusan bermula pukul 3 pagi menyebabkan air sungai naik mendadak. Menurut seorang penduduk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya