KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan satu unit pemantau terhadap penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, penubuhan unit itu dibuat berikutan berlakunya kes-kes menghina Nabi Muhammad SAW dan perbuatan mempersendakan agama Islam sejak kebelakangan ini. Menurutnya, unit itu juga diminta untuk menerima sebarang…










