SEOUL 4 Mac – Presiden Korea Selatan, Moon jae-in hari ini menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara untuk memulakan semula rundingan mengenai pelucutan program nuklear negara itu selepas sidang kemuncak membabitkan pemimpin kedua-dua negara berkenaan di Hanoi tidak membuahkan sebarang hasil.
Beliau meminta pegawainya supaya meneliti ‘punca sebenar’ rundingan kedua itu tidak berjaya dan menjangkakan satu perjanjian bakal dicapai tidak lama lagi.
“Kami berharap AS dan Korea Utara akan meneruskan dialog mereka bagi mencapai persetujuan bersama yang memberi faedah kepada semua pihak,” katanya. – AFP










