HULU SELANGOR 30 Mac – Azam untuk mengubah persepsi buruk masyarakat terhadap kerjaya polis menjadi dorongan kepada Sarjan Mohamad Faiz Had untuk menceburi bidang tersebut sehingga mampu merangkul Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Kadet Sarjan Siri 3/2018. Mohamad Faiz, 27, berkata, kerjaya polis sering dikaitkan dengan rasuah serta salah guna kuasa sehingga dirinya terpanggil untuk berkhidmat dalam pasukan itu bagi membuktikan kerjaya sebagai seorang anggota polis…










