ROM 24 Mac – Itali menjadi negara membangun pertama yang menyertai program pelaburan global China, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sekutu Barat Itali.
Lapor BBC, sebanyak 29 perjanjian membabitkan nilai sebanyak AS$2.8 bilion (RM11.4 bilion) dipersetujui ketika kunjungan Presiden China, Xi Jinping ke Rom.
Projek tersebut dilihat sebagai Laluan Sutera baharu, bertujuan untuk menghubungkan China ke Eropah.
Memuatkan artikel berkaitan…
Namun, sekutu Itali daripada Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) menyatakan kebimbangan berhubung peningkatan pengaruh China.











