Itali dilanda kecederaan - Utusan Malaysia

Itali dilanda kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 22 Mac – Federico Chiesa terpaksa disingkirkan daripada skuad Itali bagi menghadapi Finland dan Liechtenstein dalam aksi kelayakan Euro 2020 selepas mengalami

kecederaan, kata Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), semalam.

Pemain berusia 21 tahun itu tidak menyertai kem latihan Itali di Coverciano di luar Florence dan dia kembali menyertai kelabnya, Fiorentina bagi menjalani rawatan selepas

Memuatkan artikel berkaitan…

menghadapi masalah otot di kaki kirinya.

Chiesa menjaringkan 12 gol bersama Fiorentina dalam aksi Serie A dan Coppa Itali pada musim ini dan antara pemain muda meningkat naik memandangkan jurulatih Itali, Roberto

Mancini sedang membina skuad Azzurri selepas mereka gagal mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2018.

Dalam pada itu, pertahanan Roma, Alessandro Florenzi dijangka tidak dapat beraksi menentang Finland selepas mengalami kecederaan betis ketika berlatih.

“Keadaan Florenzi sedang dipantau dalam beberapa jam ini,” kata FIGC.

Itali memulakan aksi Kumpulan J bertemu Finland di Udine dan kemudiannya Liechtenstein di Parma, Selasa ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini