JAKARTA 29 Mac – Pengarah Material dan Debat Badan Pemenangan Nasional (BPN) Prabowo Subianto-Sandiaga Uno, Sudirman Said menegaskan isu berhubung pasangan calon Presiden nombor dua itu akan membentuk negara khilafah adalah fitnah semata-mata. Lapor Republika.co.id, Sudirman mengingatkan pihak-pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan agar berhenti melakukannya. “Hentikan kebohongan itu, kerana bukan sahaja merupakan fitnah yang keji tetapi juga memecah belahkan bangsa,” kata Sudirman di sini hari ini. Tambah Sudirman, isu khilafah…










