Isteri, dua anak tiri CEO Cradle Fund akan didakwa - Utusan Malaysia

Isteri, dua anak tiri CEO Cradle Fund akan didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mac – Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Allahyarham Nazrin Hassan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaljng Jaya petang ini atas tuduhan membunuh lelaki berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, wanuta terbabit Samirah Muzaffar, 43, akan didakwa bersama-sama dua anak lelakinya yang masing-masing berusia 15 dan 17 tahun.

Ketiga-tiga individu terbabit ditahan di kediaman mereka kira-kira pukul 6.45 pagi tadi.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan,”ujar kenyataan itu.

Nazrin meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya pada 14 Jun lalu dan dalam laporan awal, Allahyarham dikatakan maut akibat kebakaran selepas telefon bimbit dalam biliknya meletup.

Dua bulan kemudian, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh selepas siasatan bomba mendapati ada kesan petrol di tempat kejadian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN