FLORIDA 11 Mac – Ketika dunia meraikan Hari Wanita Antarabangsa, hadir berita baharu mengenai golongan itu di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengumumkan bahawa dalam masa terdekat, dua angkasawan wanitanya iaitu Christina Hammock Koch dan Anne McClain akan melakukan sesi ‘berjalan di ruang angkasa lepas’ atau ‘spacewalk’. Menurut NASA seperti dipetik portal berita Press TV, ini merupakan yang pertama apabila hanya angkasawan…










