TEBING BARAT 7 Mac – Pasukan tentera Israel dan Pentadbiran Awam Israel memotong bekalan air kepada kira-kira 2,600 penduduk Palestin di perkampungan Bardala di Lembah Jordan yang terletak di utara wilayah ini. Rejim Zionis juga dilaporkan memotong bekalan air terhadap kawasan tanaman penduduk di perkampungan tersebut. Israel mendakwa bekalan air yang mereka gunakan adalah dari sumber haram. – AGENSI










