KUANTAN 15 Mac – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan ganas menembak umat Islam di masjid di Christchurch, New Zealand semalam yang mengakibatkan sejumlah besar terkorban dan cedera. Presiden Peka, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, serangan itu bercanggah dengan ajaran Islam yang mana agama tersebut membawa kesejahteraan kepada seluruh umat manusia. “Sama ada penembak itu tidak siuman atau memang ia sebenarnya fobia kepada Islam (Islamofobia) sehingga…










