Insiden 'serangan pisau' Britain membimbangkan - Utusan Malaysia

Insiden ‘serangan pisau’ Britain membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 5 Mac – Insiden dua remaja maut dalam serangan pisau di Britain baru-baru ini mencetuskan kebimbangan banyak pihak.

Anggota Parlimen dan polis pula saling ‘bertikam lidah’ sama ada serangan itu dikaitkan dengan penurunan jumlah anggota pasukan ke­selamatan.

LOKASI 20 mangsa termasuk Jaden Moodie, 14, yang dibunuh di London
LOKASI 20 mangsa termasuk Jaden Moodie, 14, yang dibunuh di London 

Ahli keluarga mangsa terbaharu serangan, Jodie Chesney dan Yousef Makki, masing-ma­sing berusia 17 tahun, turut meluahkan rasa bimbang dan kecewa dengan perkara tersebut.

Daily Mail melaporkan, dalam satu kenyataan, Julia Lopez, ahli Parlimen Hornchurch dan Upminster di Greater London memberi ama­ran rakyat sudah mula hilang kepercayaan terhadap keupayaan kerajaan memastikan keselamatan jalanan.

Stella Creasy dari Parti Buruh turut menyuarakan hal sama dan mahu kerajaan bertindak segera.

Beliau memberitahu Setia­usaha Dalam Negeri, Sajid Javid: “Ini (serangan pisau) adalah darurat yang memerlukan tindak balas kecemasan.”

Sepanjang tempoh 12 bulan lalu, seramai 285 orang mati ditikam termasuk 27 orang berusia bawah 19 tahun, menjadikan kejadian pembunuhan tertinggi sejak Perang Dunia Kedua.

Seramai 20 orang terma­suk Jayden Moody berusia 14 tahun telah dibunuh menggunakan pisau di sini dalam tempoh tiga bulan tahun ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, adalah satu kesilapan untuk mengaitkan epidemik pisau dengan pengurangan jumlah anggota polis.

Jelasnya, pada awal 2000 ketika jenayah keganasan serius paling tinggi, jumlah anggota polis juga tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN