Inkues Adib: Saya bertindak ikut emosi - Cik Miera - Utusan Malaysia

Inkues Adib: Saya bertindak ikut emosi – Cik Miera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pemilik akaun Facebook bernama Cik Miera yang mencetuskan kontroversi menerusi hantaran komen pada Jumaat lalu mengaku tindakannya itu hanyalah mengikut emosi dan perasaan.

Siti Syafika Amira Mohd. Rasani, 27,  yang bekerja sebagai jururawat di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, kenyataannya pada Jumaat lalu di Facebook itu disebabkan percaya bahawa anggota bomba itu dipukul tanpa dia mengetahui fakta sebenar.

Katanya, dia percaya bahawa Muhammad Adib dipukul selepas diberitahu rakan sekerjanya, Muhammad Ashraf Baruji.

“Saya hanya mengikut emosi dan perasaan tanpa mengetahui fakta sebenar.

“Saya emosi kerana percaya Adib dipukul tanpa mengetahui fakta sebenar dan rentetan daripada saksi kehilangan telefon bimbit itu,” katanya.

Menurutnya, kenyataan tersebut hanyalah luahan hati dan emosi dirinya kerana terkesan melihat keluarga, tunang dan rakan-rakan Muhammad Adib yang menunggu sepanjang anggota bomba malang itu dirawat di IJN.

“Saya dengan ini meminta maaf kepada Doktor (Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur) dan semua,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×